Menyelami Kebenaran Islam

Kisah Tauladan | Keikhlasan | Kerana Allah
Bersabar | Cinta | Rezeki
Kemaafan | Ibadah

Hubungi Saya
Menu
+ Tumblr


| Pembaca Setia | Paparan


Terus Membaca:

Cantik Di Sudut Agama

dicatat pada 12/16/2013 01:19:00 PG



Assalamualaikum buat wanita yang sudi meluangkan masa,membaca risalah ini serangkap dua,membentuk lembaran yang sungguh bermakna.

   Kali ini saya ingin bertanya khabar kepada anda di luar sana yang bergelar wanita.Sudahkah anda bersedia dengan kelengkapan ilmiah di dalam diri?

Apa khabar iman anda hari ini?

   Ya,saya sendiri dalam proses pemantapan.Tiada istilah untuk mengatakan iman kita sudah cukup sempurna selagi bergelar manusia.Begitu saya,begitu jugalah saudari dan saudara.

   Alhamdulillah,saya ingin berkongsi sedikit cerita.Dalam era yang mercu kegemilangan ini,saya perhatikan,sudah ramai yang mula berhijrah di kalangan wanita.Dari yang botak,kepada berhijab.Dari yang memakai jilbab adik,kepada jilbab untuk saiz sendiri.Saya akui perkara ini di Malaysia.Tapi....masih ada tapinya.Tapi adakah kita benar-benar bersedia dengan segala tuntutan agama?

   Maksud saya,keikhlasan di dalam hati.Inilah perkara pokok dalam meneruskan mujahadah kita.Kenapa tiba-tiba saya tekankan perkara ini?Kerana sayangnya saya kepada anda yang membaca termasuk diri kita sendiri.Kenapa?

   Kerana,kadang-kadang kita sudah betul-betul ikhlas dalam melakukan sebarag ibadah,tapi sayangnya ilmu tidak mencukupi.Ilmu dalam beribadah adalah segala-galanya.Tanpa ilmu,kita tidak akan tahu,fadilat atau aspek lain yang terdapat dalam sesuatu ibadah yang kita lakukan.Mari bersama kita membuka mata untuk mencari kekuatan dalam beribadah melalui ilmu.

   Bacalah buku,mengikut apa yang ingin kita istiqamahkan.Sayang sekali kalau kita beribadah,tetapi kita tidak tahu hakikat di sebalik ibadah tersebut.Apa beza wudhu' kita dengan wudhu' budak tadika?Kalau ilmu mengenainya kita tidak miliki.Samalah seperti budak tadika yang mengikut ajaran pengasuh mereka tanpa mengetahui hakikat dalam ibadah tersebut.

*Wahai diri yang menulis,Wahai diri yang membaca,ayuh kita mencari keredhaan Illahi,disebalik keikhlasan yang kita kejari

Label: , ,



Terus Membaca:

Perubahan Di Alaf Moden

dicatat pada 10/16/2013 11:57:00 PTG



Perubahan di alaf moden?Apa yang cuba pengarang kongsikan adalah mengenai rialiti dunia hari ini.Kita dapat lihat dengan lebih jelas lagi melalui laman sosial samada Facebook,Twitter,Blog atau sebagainya.Kita dapat lihat perkongsian daripada pelbagai jenis manusia.Pelbagai ragam bicara yang dikongsi melalui kotak yang tidak berlidah,iaitu kotak status.Satu persatu status bertalu-talu memenuhi ruang halaman laman sosial,itupun kalau ramai kawan yang di addkan.

   Apa yang cuba pengarang kongsikan di sini adalah,mengenai pelbagai status mujahadah yang timbul di alaf moden ini.Kalau zaman dahulu,perubahan itu akan dilihat apabila seseorang itu betul-betul berada di depan mata kita.Namun corak dunia dan zaman tidak serupa.Hari ini kita dapat melihat gelagak manusia hanya dengan berada di kaca elektronik yang bersambung dengan seluruh wayar dunia.

  Persoalan timbul di sini,apabila kita mengenali satu manusia dalam dua dunia yang berbeza.Dibandingkan dengan zaman dahulu,kita mengenali rakan kita hanya di dunia rialiti.Namun hari ini,rialiti itu hidup di alam maya yang beribukan Internet.Kadang-kadang kita bingun dengan sikap segelintir manusia yang hanya pandai berkongsi perkara-perkara yang baik di Facebook katakan.Lebih teruk lagi apabila kita tak sanggup dengan perkongsiannya itu yang menyebabkan kita membuka aibnya dimerata tempat,kononnya supaya orang mengetahui dirinya yang sebenar.Sehinggakan kita sendiri yang menjadi bahan bakar keramat yang diundang ke dalam hati kita sendiri.

   Sesuatu yang menyakitkankah untuk kita menerima sebarang kebaikan?Anda jawab sendiri.Pengarang tidak menafikan,adalah sesuatu yang menyekitkan(menjengkelkan) hati apabila berdepan dengan manusia yang Hipokrik.Yang hanya berlagak alim di laman sosial.Sedangkan di dunia rialiti hanyalah seperti seeokr ular yang berbisa di dalam semak,tetapi berlagak alim ulamak di alam maya.Memang dan memang,kadang-kadang sukar diterima.

  Tapi,apa yang cuba pengarang kongsikan di sini adalah,kenapa harus persoalkan kebaikan yang dibuat?kenapa harus menjadi tukang tilik yang mengkaji dirinya yang buruk?


Cuba kita bayangkan andai kata kita menyampah dengan kebaikan yang ditunjukkan di Facebook sebagai contohnya,lalu kita remove dia dari Friend list kita?Adakah kita akan dapati lagi statusnya yang berbentuk peringatan kepada kita?Sedangkan peringatan setiap saat di dunia ini datangnya daripada Allah kepada kita.Tetapi kerana sikap kita yang berlagak suci berbandingnya menyebabkan kita tidak boleh menerima apa yang dikongsi.Fikirkan buat seketika.

   Setiap yang baik itu seharusnya kita terima dengan hati yang terbuka.Samada dia amalkan ataupun tidak itu hubungan dia dengan Allah.Sebaiknya kita tegur dengan berhikmah apabila bersemuka.Sayang sekali kalau peringatan yang ada di depan mata kita benci.Selagi benda itu tidak bercanggah dengan agama Islam,cubalah untuk menerima seadanya.Jangan cepat mengkritik dan mencaci.Samada dia benar-benar berubah atau tidak itu terpulang kepada dia.Yang penting kita Support perubahan yang cuba untuk dia bawakan.Andai kata kerana kritikan kita,mujahadahnya terhenti?Sejauhmana kita berdosa selagi dia lemah dengan kata-kata kita yang kotor.

   Sama-samalah kita berubah dan menyukai perubahan yang baik.Insyaallah kita akan dirahmati oleh Allah S.W.T.

Label: ,



Terus Membaca:

Titisan Air Mata

dicatat pada 4/27/2013 07:33:00 PTG





Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya." Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka. Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, 

"Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t., maka Allah s.w.t. mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

                        Akhirnya Allah s.w.t. mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah s.w.t. Malaikat Jibril a.s. mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut." Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)

                        Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad s.a.w. berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

                        Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad s.a.w." Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah s.a.w. meraihnya. Berkata Jibril a.s. 


"Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." 

Lalu Baginda s.a.w. mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah s.a.w. pun bertanya kepada Jibril a.s. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t. 

Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izinAllah s.w.t.

Label:



Terus Membaca:

Mutiara dalam Cengkerang

dicatat pada 4/08/2013 03:28:00 PG




Duhai wanita,
Kau permata yang indah,
Andai maruah mu terpelihara dengan gah,
Menjadi muslimah yang tidak akan kalah,
Tidak terpesong ke dalam lembah yang salah,
Kerana kau perhiasan dunia yang indah,
Selagi mana kau pintar menjaga maruah.



Berikut adalah bahagian-bahagian berkaitan aurat wanita, dan dalil ringkas mengenainya :
1. Bulu Kening
Menurut riwayat Bukhari, Rasullulah SAW melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.
2. Kaki (tumit kaki)
"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (An-Nur: 31)
3. Wangian
"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).
4. Dada
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka." (An-Nur : 31)
5. Gigi
Rasullulah SAW melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. (Riwayat At-Thabrani)
"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah." (Riwayat Bukhari dan Muslim).
6. Muka dan Tangan
Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah SAW dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah SAW:
"Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari).
7. Tangan
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya"(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).
8. Mata
"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya." (An Nur : 31).
Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).
9. Mulut (Suara)
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."( Al Ahzab: 32)
Sabda Rasulullah SAW, "Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu ke dalam bumi." (Riwayat Ibn Majah).
10. Kemaluan
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka." (An Nur : 31).
"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al Bazzar)
"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).
11. Pakaian
"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah)
"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim). 
"Hai nabi-nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ahzab : 59).
12. Rambut
"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).




Label:



Terus Membaca:

Tertipu dengan Ibadah Sendiri

dicatat pada 3/03/2012 08:24:00 PG


Diriwayatkan dari sahabat Jabir radliyallahu’anhu, beliau berkata; Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam mendatangi kami kemudian beliau bersabda:

Jibril berkata:Wahai Muhammad, demi Dzat yang telah mengutusmu dengan membawa kebenaran, sesungguhnya Allah Azza wa Jall memiliki seorang hamba dari hamba-hambanya yang lain, hamba tersebut telah beribadah kepada Allah Azza wa Jall selama lima ratus tahun di puncak sebuah gunung di sebuah pulau yang dikelilingi dengan lautan yang lebar dan tinggi gunung tersebut adalah tiga puluh dzira’.

Jarak dari setiap tepi lautan yang mengelilingi gunung tersebut adalah empat ribu farsakh. Di gunung tersebut terdapat sebuah mata air yang selebar beberapa jari, dari mata air tesebut mengalir air yang sangat segar dan berkumpul ke sebuah telaga dikaki gunung.

Disana juga terdapat pohon-pohon delima yang selalu berbuah setiap hari sebagai bekal hamba tersebut beribadah kepada Allah dihari-harinya. Setiap kali menjelang waktu petang, hamba tersebut turun dari atas gunung menuju telaga untuk mengambil air wudhu, sekaligus untuk memetik buah delima lalu memakannya, selesai kemudian barulah dia mengerjakan solat.

Setelah selesai menunaikan ibadah solat, hamba tersebut selalu berdoa kepada Allah S.W.T, supaya  ketika ajalnya datang menjemput, nyawanya dicabut dalam keadaan sujud kepada Allah dan dia juga berdoa supaya setelah kematiannya, jasadnya tidak dirosakkan oleh bumi dan oleh apapun juga sampai datangnya hari kebangkitan.

Jibril berkata; Allah S.W.T. memakbulkan semua doa sang hamba itu. Kemudian kami melintasi hamba tersebut, ketika kami turun dan naik lagi, kami menemukan sebuah pemberitahuan bahawa:Kemudian,pada hari kebangkitan, hamba tersebut dihadapkan pada Allah S.W.T, kemudian Allah S.W.T  bersabda;

“Masukkan hambaku ini ke syurga dengan sebab rahmat-Ku”.

Hamba tersebut berkata; “Dengan sebab amalku Ya Rabb”.

Allah bersabda; “Masukkan hambaku kesyurga dengan sebab rahmat-Ku”.

Sekali lagi hamba tersebut berkata; “Dengan sebab amalku Ya Rabb”.

Kemudian Allah S.W.T bersabda “Sekarang cuba timbang amalan hambaku ini dengan nikmat yang telah aku berikan kepadanya”.

Dan ternyata setelah ditimbang, nikmat penglihatan yang telah diberikan Allah kepada hamba tersebut, menyamai dengan timbangan amal ibadah yang telah dilakukannya selama lima ratus tahun. Dan masih tersisa anggota tubuh lain yang belum ditimbang, sedangkan amal hamba tersebut ternyata sudah habis.

Kemudian Allah S.W.T bersabda; “Sekarang masukkan hambaku ini ke neraka”

Dengan perintah Allah tersebut, kemudian para malaikat menggiring hamba ke neraka. Tiba-tiba ketika akan diiring ke neraka, hamba tersebut berteriak sambil menangis;

“Ya Rabb……Masukkan aku ke syurga dengan sebab rahmat-Mu”.

Kemudian Allah S.W.T memerintahkan kepada para Malaikat; “Tahan dulu wahai malaikat, dan bawa ke sini”.

Hamba tersebut lalu dibawa oleh para malaikat ke hadapan Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T bersabda;

“Wahai hambaku, siapakah yang telah menciptakanmu yang sebelumnya kamu bukan apa-apa??”
Hamba tersebut menjawab; “Engkau Ya Rabb”.

Allah S.W.T bersabda lagi; “Siapakah yang telah memberikan kekuatan kepadamu, sehingga kamu mampu beribadah kepadaku selama lima ratus tahun??”

Hamba menjawab; “Engkau Ya Rabb”.

Allah S.W.T bersabda: “siapakah yang telah menempatkanmu disebuah gunung yang berada ditengah-tengah laut yang luas, mengalirkan dari gunung tersebut air yang segar sedangkan di sekelilingnya adalah air yang asin, yang menumbuhkan buah delima setiap malam yang seharusnya hanya setahun sekali berbuah, serta siapa yang telah memenuhi permintaanmu, ketika engkau berdoa supaya dimatikan dengan cara bersujud?”

Hamba tersebut menjawab dengan wajah menunduk malu dan bersuara secara perlahan; “Engkau Ya Rabb”.
Allah S.W.T bersabda: “Itu semua tidak lain tidak bukan adalah atas sebab rahmat-Ku, dan dengan rahmat-Ku juga engkau Aku masukkan ke syurga”.

Kemudian Allah S.W.T  bersabda kepada para malaikat; “Masukkan hambaku ini ke syurga, engkau adalah sebaik-baik hamba wahai hamba-Ku”.

Lalu dimasukkanlah hamba tersebut kedalam syurga berkat rahmat Allah S.W.T.

Kemudian Jibril berkata; “Sesungguhnya, segala sesuatu itu adalah berkat rahmat Allah wahai Muhammad”.


Pengajaran daripada kisah tersebut

Dalam asyik kita mengerjakan sesuatu Ibadah,janganlah kita hanya mengfokuskan kepada ganjaran amalan tersebut,sebaliknya beribadahlah dengan semata-mata untuk memperoleh keredhaan Allah S.W.T kerana dengan keredhaan tersebut sahajalah yang boleh menjamin segala amalan Ibadah kita diterima olehNya.

Label:



Terus Membaca:

Sebuah Pengorbanan Yang Tiada Pengakhiran

dicatat pada 2/02/2012 03:36:00 PG

(gambar hiasan tiada kaitan dengan catatan ini)

Sebuah pengorbanan yang tiada pengakhiran..................
Hidup bagaikan satu putaran masa yang begitu panjang,namun apabila dikenangkan kembali,ia bagaikan hanya mimpi semalam,kerana dianggap terlalu sebentar peristiwa semalam.......

Hidup sememangnya memerlukan pengorbanan.....tanpa pengorbanan kita tidak akan dapat mencapai apa yang kita inginkan....Namun,kadang-kadang pengorbanan menyebabkan kita mengenal,bagaimanakah yang dikatakan pengorbanan yang sebenar....Pengorbanan dalam menghadapi pancaroba kehidupan...Cendikiawan barat ada mengatakan:

"Dunia bagaikan sebuah buku,barangsiapa yang tidak melakukan perjalanan,hanya membaca satu halaman"

Tapi,bagaimana pula dengan pengorbanan yang telah orang berikan kepada kita????adakah kita menghargai mereka????terserah kepada diri kita sendirilah yang menentukan hal tersebut.Di sini ingi saya katakan,Hargailah pengorbanan orang kepada kita....kerana kita tidak mampu untuk berdiri dengan sendiri di atas dunia ini...percayalah.....

Dalam kita mengharungi dunia ini,jadilah al-Quran dan assunnah sebagai pegangan....kerana itulah yang akan memberi kita kekuatan....Saya pernah berkata kepada ustazah..."Ustazah,kadang-kadang kalau kita nak buat kebaikan ni memang berat lah ustazah"...lalu ustazah berkata:


"Itulah kebaikan,kadang-kadang kebaikan ibarat buah yang paling pahit untuk ditelan"


Kata-kata ustazah ini menyebabkan saya terfikir seorang diri apabila berada di asrama.Saya terfikir,agak-agak buah apa yang paling pahit di telan.....dan tiba-tiba saya terfikir:


"Kebiasaannya yang menjadi pahit untuk ditelan adalah herba atau ubat-ubatan....Jadi benarlah kata-kata ustazah,kerana kebaikan itu ibarat herba,Walaupun pahit untuk ditelan,ia memberi kita seribu kebaikan,di masa akan datang"

Jadi,fikirlah dan renungkan sendiri....adakah kita masih berkorban untuk melakukan amalan kebaikan???demi mecapai keredhaan Allah,hanyalah pengorbanan Fisabilillah......Insyaallah kita dapat bangun bersama dengan ajaran Islam.....

Label: